Ayam Golek


  





Bahan-bahan:


Ekor ayam

4 cawan santan (1 biji kelapa)

2 sudu makan rempah kurma

1 sudu makan serbuk jintan manis

1 sudu makan serbuk lada putih

3 keping asam gelugor

1 sudu teh gula


Bahan B

5 biji bawang merah (dikisar)

3 ulas bawang putih (dikisar)

3 inci halia (dikisar)



Cara membuatnya:

Ayam dibersih dan dikeringkan

Masukkan semua bahan A dalam kuali tidak lekat dan biarkan ayam kelihatan masak



Cara membuat kuah

Masukkan semua bahan B dan masak dengan api perlahan sehingga kuah pekat dan naik minyak

Siap untuk dihidangkan

Ketupat Sotong


Ketupat Sotong



Bahan-bahan:

1 kg sotong
400gm beras pulut (direndam selama 4 hingga 5 jam)
5 inci halia (dihiris)
3 biji bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu teh halba
4 cawan santan (1 biji kelapa)
1 sudu teh kelapa
Lidi kelapa dipotong 2 inci
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:

Sotong dibuang kulit dan dibasuh sehingga bersih. Toskan sehingga kering
Beras pulut ditoskan dan digaul dengan garam. Kacau rata
Masukkan beras pulut ke dalam perut sotong sehingga ¾ badannya
Tutup ruang terbuka sotong dengan lidi kelapa yang dipotong tadi (supaya beras pulut tidak terkeluar)
Masukkan sotong dan semua bahan dalam periuk
Masakkan dengan api sederhana selama 30 minit sehingga kuah pekat
Hidangkan dengan kuahnya

Pulut Kuning Lapis


Pulut Kuning Lapis



Bahan-bahan:

1 kg beras pulut
2 cawan santan (1 biji kelapa)
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
500gm serunding daging atau ayam (hiasan)
2 helai daun pandan

Cara membuatnya:

Basuh beras pulut dan rendamkan dengan serbuk kunyit yang telah dibancuh dan ditapis selama 4 atau 5 jam
Toskan dan masukkan ke dalam kukusan yang berlubang
Kukus sehingga naik wap
Campurkan santan dengan gula dan garam, kacau sebati
Keluarkan pulut dan masukkan ke dalam mangkuk besar
Tuangkan santan dan kacau rata
Masukkan semula pulit  dalam kukusan bersama daun pandan dan kukus lagi sehingga naik wap
Keluarkan separuh pulut yang telah masak dan tekan dalam acuan atau loyang
Lapiskan dengan serunding daging
Masukkan lagi sebahagian pulut dan tekan kemas
Terbalikkan dalam pinggan dan hidangkan.

Ikan Masin Goreng Asam


Ikan Masin Goreng Asam



Bahan-bahan:

300gm isi ikan talang masin
1 labu bawang merah (dimayang)
2 biji cili merah (dimayang)
10 biji cili padi (dibelah dua)
½ cawan air asam jawa
3 sudu makan minyak

Cara memasak:

Goreng ikan masin sehingga garing dan ketepikan
Tinggalkan separuh minyak dan tumiskan bawang besar, cili merah dan cili padi sehingga layu
Masukkan air asam jawa dan tunggu sehingga mendidih
Masukkan ikan masin goreng tadi dan kacau rata
Sedia dihidangkan.

Kuzi Ayam


Kuzi Ayam



Bahan A:

1 ekor ayam (dipotong kecil)
1 cawan susu cair
2 sudu makan rempah kuzi
2 biji tomato buah (dibelah 4)
1 labu bawang besar (dibelah 4)
½ cawan kismis
1 cawan sos tomato
1 cawan bawang goreng
2 cawan minyak (untuk mengoreng ayam)
1 sudu makan serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Kulit kayu manis
Bunga lawang

Bahan B (Dikisar)

5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5 inci halia
5 biji cili merah

Cara membuatnya:

Ayam dibersihkan dan digaul dengan garam dan kunyit. Goreng sehingga ¾ masak dan ketepikan
Gunakan 3 sudu makan minyak dan tumiskan bahan B sehingga wangi dan naik minyak
Masukkan rempah kuzi dan sos tomato. Kacau rata.
Masukkan ayam, susu cair, kismis, tomato, bawang besar, bawang goreng dan cili merah. Kacau rata dan biarkan sehingga naik minyak
Hidangkan dengan nasi minyak, nasi putih atau roti.

Nasi Ayam Bakar


Nasi Ayam Bakar


Bahan A

4 cawan beras basmathi (basuh dan toskan)
1 batang timun
1 batang lobak merah
3 biji tomato
3 biji limau kasturi (ambil jusnya)
1 tangkai daun sup (diracik)

Bahan B (Sup)
10 cawan air
1 ekor ayam (dipotong empat)
5 biji bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
2 inci halia (dihiris)
2 inci kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:
Masukkan semua bahan A dan masakkan sehingga mendidih
Keluarkan ayam dan 4 cawan air rebusan
Masukkan dalam periuk nasi elektrik dan masakkan seperti biasa
Potong dadu timun, lobak merah dan buah tomato
Gaulkan dengan jus limau dan garam. Kacau rata
Bakar ayam sehingga kelihatan garing dan potong kecil
Masukkan daun sup ke dalam air rebusan dan hidangkan bersma nasi dan sayuran tadi.

Ayam Percik Putih


Ayam Percik Putih



Bahan-bahan:

1 ekor ayam (dibelah empat)
3 cawan santan (1 biji kelapa)
½ cawan air asam jawa
1 sudu teh gula
Garam secukup rasa
5 biji bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
3 inci halia (dikisar)
3 batang serai (dikisar)
2 sudu makan ketumbar (dikisar)
1 sudu makan jintan manis (dikisar)
1 sudu makan lada hitam (dikisar)

Cara membuatnya:

Masukkan semua bahan dalam kuali
Masakkan sehingga naik minyak dan pekat
Bakar ayam hingga berminyak dan garing
Hidangkan dengan lebihan kuah tadi

Telur dadar Lipat

Telur dadar Lipat


Bahan-bahan:

4 biji telur
1 sudu makan minyak
Garam secukup rasa
100gm isi ayam (dipotong dadu)
1 ulas bawang putih (dimayang)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 biji tomato (dipotong dadu)
5 biji kacang pis
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan
Minyak masak
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:
Telur dan garam dipukul rata
Panaskan minyak dalam kuali leper dan tuangkan bancuhan telur tadi
Bila nampak telur dadar masak letakkan bahan inti yang sudah masak disebelah bahagian sahaja
Lipatkan telur dadar dan tekan supaya kemas
Sedia dihidangkan

Cara membuat inti
Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan dan wangi
Masukkan isi ayam dan kacau rata
Masukkan sos cili, tomato, kacang pis dan garam
Kacau rata dan tutup api

Daging Lesamah

Daging Lesamah


Bahan A:

500gm daging (dihiris nipis)
300gm rebung (dipotong kecil)
3 sudu makan rempah kari (dibancuhkan)
3 sudu makan air
2 cawan santan (1/2 biji kelapa)
2 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Bahan B (ditumis)
2 inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
5 biji bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
3 tangkai daun kari

Cara memasak:
Panaskan minyak dan bahan B sehingga wangi
Masukkan rempah kari dan kacau rata
Masukkan daging dan rebung. Masakkan sehingga naik minyak
Masukkan santan dan masak sehingga pekat dan naik minyak
Sedia dihidangkan

Rakan Blogger

BlogMalaysia.com

Featured Posts