Resepi Ayam Penyet

RESEPI AYAM PENYET





(untuk hidangan 4 orang)
Bahan-bahan & cara-cara:
Bahan A

 
Setengah ekor ayam (dipotong 4)
2 batang serai*
2- 3 ulas bawang putih*
1" halia*
1" lengkuas*
1" kunyit hidup* (boleh ganti dengan serbuk)
sedikit ketumbar dan jintan manis*
garam secukupnya* (* dikisar sekali)

1.Ayam hendaklah diperap semalaman/ seharian bersama bahan kisar.
2.Kukus ayam yang telah diperap selama 1/2 jam.
3.Goreng ayam yang dikukus dalam minyak yang banyak sehingga agak garing bahagian luarnya (sekejap sahaja lebih kurang 10 - 15 minit)

Semasa anda mengukus ayam bolehlah menyediakan bahan B.
 
Bahan B:
 
1 labu bawang besar (dipotong baji)*
2-3 ulas bawang putih*
7 tangkai lada hidup - buang bijinya*
9 biji cili padi (ikut suka)*
1 1/2" belacan*
sedikit air asam jawa/ perahan limau nipis
gula merah secukup rasa

1.Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, gorengkan semua bahan bertanda * sehingga agak garing.
2. Tumbuk semua bahan yang telah digoreng, masukkan gula merah, tumbuk lagi. Tuangkan air asam jawa @ perahan limau nipis.

Cara menyediakan ayam penyet:
 
1.Letakkan salad, timun dan tomato yang dihiris di atas lesung kayu yang leper.
2.Letakkan sesudu kecil sambal (bahan B), letakkan ayam yang telah digoreng di atasnya.
3.Penyetkan ayam tersebut dengan anak lesung kayu (jangan ketuk, cuma tekan sahaja, ayam lembut kerana telah dikukus)
4.Terbalikkan ayam, tambah sedikit lagi sambal jika suka.