Showing posts with label Resepi Kek. Show all posts
Showing posts with label Resepi Kek. Show all posts

CAKE KUKUS LIMA LAPIS

CAKE KUKUS LIMA LAPIS




BAHAN:

8 putih telur

1 sudu cream of tartar

120 g gula pasir

2 sudu susu tepung

120 g tepung jagung

120 g margarine,cairkan

1 sudu pewarna coklat

1 sudu pewarna hijau

garam secukupnya


CARA MEMBUAT:

Pukul putih telur bersama cream of tartar dan gula pasir hingga putih dan kaku.

Masukkan susu tepung dan tepung jagung ke dalamnya sambil diayak.

Tuangkan margarine,adun rata.

Bahagi adunan menjadi tiga bahagian. Masing-masing adunan ditambahkan pewarna coklat, pewarna hijau,dan satu bahagian lagi dibiarkan putih.

Panaskan kukusan. Masukan cetakan ke dalam kukusan. Tuangkan satu sudu teh adonan putih,kukus 5 menit.

Tambahkan adunan coklat,kukus kembali 5 menit. Tuangkan adunan hijau,kukus kembali 5 menit. Tambahkan adunan putih,kukus 5 menit. Terakhir tuang adunan coklat,kukus kembali lagi 15 menit agar lebih masak.

Angkat setelah sejuk,baru potong-potong.

Fudge Pisang


Fudge Pisang







BAHAN KEK:
300 gm vanilla sponge mix
4 biji telur
50 ml air
50 ml minyak jagung atau mentega cair
1/2 sudu kecil esen pisang
BAHAN FUDGE:
180 gm gula melaka
1 sudu kecil agar-agar serbuk
1 sudu kecil jeli segera
1/8 sudu kecil garam
200 ml santan pekat
600 ml air
50 gm tepung jagung
BAHAN HIASAN:
3 biji pisang dan potong bulat

CARA MENYEDIAKAN KEK:
1. Pukul kesemua bahan kecuali minyak pada kelajuan tinggi sehingga kembang dan gebu.
2. Setelah gebu, masukkan minyak atau mentega cair dan kaup balik sehingga sebati.

3. Tuangkan ke dalam acuan 8 x 8 dan bakar selama 30 minit.

CARA MENYEDIAKAN FUDGE:
1. Satukan kesemua bahan fudge dan masak sehingga hampir pekat.

2. Potong kek kepada tiga lapis.

3. Sapukan bahan fudge dan susun pisang di atasnya.

4. Letakkan sekeping kek di atas lapisan ini dan ulangi proses sehingga lapisan ketiga.

5. Akhir sekali, sapukan bahan fudge pada keseluruhan kek dan hias dengan kepingan pisang.

Tiramisu Coklat Berlapis


Tiramisu Coklat Berlapis





BAHAN-BAHAN:
275 gm gula kastor
5 biji kuning telur
100 ml susu segar
40 gm serbuk gelatin
500 gm keju mascarpone
185 gm krim putar
2 keping kek span coklat
CARA MENYEDIAKAN:
1. Sediakan bekas dengan kaedah double boiler dan masukkan gula serta kuning telur. Pukul sehingga gula cair dan kuning telur berbuih. Setelah itu angkat dan ketepikan.
2. Krim putar hendaklah dipukul sehingga separuh kembang. Ketepikan.
3. Cairkan gelatin dengan suku cawan air panas. Ketepikan.
4. Kemudian tuangkan susu ke dalam adunan nombor satu, kacau sebati. Kemudian masukkan keju mascarpone, dan kacau lagi.
5. Masukkan pula krim putar dan kaup balikkan. Akhir sekali masukkan gelatin dan gaul sehingga sebati.
6. Dalam loyang jenis gegelang (ring), alaskan bahagian bawah dengan aluminium dan kemaskan bahagian tepi loyang.
7. Kemudian lapiskan dengan kek span. Tuangkan sebahagian adunan tiramisu.
8. Lapiskan satu lagi kek span dan tuangkan tiramisu selebihnya.
9. Masukkan dalam peti sejuk selama 5 jam sebelum loyang ring dibuka dan taburkan serbuk koko di atasnya.

Kek kelapa dengan coklat M&M

Kek kelapa dengan coklat M&M




Bahan-bahan:


1 1/4 cawan mentaga tanpa gula
2 cawan gula perang
1/2 cawan gula halus
2 biji telur
4 sudu perasa vanila
1/2 sudu garam halus
2 1/2 cawan tepung serba guna
2 1/2 cawan serbuk kelapa
1 bag mini coklat M&Ms 


Cara memasak:


Panaskan oven sehingga 350'c.  
Panaskan mentega dalam mangkuk kecil sehingga mentega bertukar warna perang.



Dalam mangkuk besar, campurkan mentega perang tadi dengan gula.
Masukkan telur bersama perasa vanila dan garam.
Tambah tepung. gaul hingga sebati
Tambah serbuk kelapa dan coklat M&M
Gaul hingga sebati



Masukkan kesemua bahan tadi kedalam dulang pembakar. Tekan hingga mendap



Bakar sehingga 25-30 minit
Bila sejuk, potong dan hidangkan

Kek Coklat Timun

Kek Coklat Timun






Bahan-bahan:


2 ¼ cawan tepung serba guna
½ cawan serbuk koko
1 sudu teh baking soda
1 sudu garam
1 ¾ cawan gula
1 buku mentaga tanpa garam
½ cawan minyak sayuran
2 biji telur 
1/2 cawan susu cair
1 sudu perasa vanilla
½ cawan mentega susu
2 cawan hirisan timun
1 cawan chocolate chips


Cara memasak:


Panaskan oven sehingga 325 c. 
Campurkan tepung, serbuk koko,baking soda & garam dalam mangkuk kecil
Pukul gula, butter dan minyak sayuran dalam mangkuk dan putar hingga sebati
Tambahkan telur satu persatu, Pukul hingga sebati
Masukkan perasa vanila
Campurkan dengan bahan campuran tepung dan koko diatas
Campurkan susu cair
Masukkan hirisan timun



Masukkkan dalam mangkuk tahan panas
Taburkan dengan coklat cip



Bakar dengan 40 minit

KEK KEJU BROWNIES


Kek Keju Brownies

 

Bahan- bahan:

200gm mentega

200gm gula

3 biji telur

100gm tepung kek

50gm serbuk koko

4gm serbuk penaik

100gm walnut – dihancurkan

 

Bahan lapisan keju:

45gm krim keju

160gm keju

13ml krim putar

4 biji telur

 

Cara membuatnya:

Pukul krim keju sehingga kembang

Setelah kembang, masukkan krim putar dan pukul sampai sebati

Kemudian masukkan telur dan honey. Kacau lagi

Selepas itu tuang adunan di atas adunan brownies tadi dan ratakan

Ambil kembali adunan brownies kemudian ratakan pula di atas lapisan keju tadi

Bakar pada suhu 140 darjag celcius selama 60-75minit.

 

KEK COKLAT FUDGE

Kek Coklat Fudge

Bahan-bahan:

150gm mentega

340 gm gula

3 biji telur

260gm tepung kek

110gm serbuk koko

7gm serbuk penaik

330ml air sejuk

50gm honey


Cara membuatnya:

Pukul mentega dan gula sampai kembang

Masukkan telur satu persatu

Masukkan tepung kek, serbuk koko, serbuk penaik dan honey

Kacau atau pukul sampai sebati

Akhir sekali masukkan air sejuk dan bakar selama 45-60 minit. Hias dengan colat masak.

Rakan Blogger

BlogMalaysia.com

Featured Posts