Showing posts with label Masakan Sotong. Show all posts
Showing posts with label Masakan Sotong. Show all posts

Gulai Sotong


Gulai Sotong


Gulai Sotong


BAHAN-BAHAN:
250 gm sotong
3 cm lengkuas (kisar)
2 cm halia (kisar)
1 batang serai (kisar)
1 helai daun kunyit (kisar)
5 helai daun limau purut
250 ml santan
100 ml air
10 tangkai cili merah (kisar)
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
1. Masukkan bahan-bahan kecuali sotong dan didihkan.
2. Pastikan santan sentiasa dikacau agar tidak pecah minyak.
3. Setelah 20 minit, masukan sotong dan garam, kacau lagi.

Sotong Lengkuas Bersantan


Sotong Lengkuas Bersantan


Sotong Lengkuas Bersantan


BAHAN-BAHAN:
2 ekor sotong (potong cincin)
1 tangkai cili merah (kisar)
2 ulas bawang merah (kisar)
1 cm halia (ketuk)
3 cm lengkuas (ketuk)
1 batang serai (ketuk)
3/4 cawan santan
Sedikit air
Garam dan gula
1 sudu besar minyak jagung

CARA MENYEDIAKAN:
1. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan air, halia, lengkuas dan serai. Kacau sampai mendidih.
3. Selepas itu masukkan santan, garam, gula dan akhir sekali sotong. Kacau rata.

Sambal Sotong


Sambal Sotong


Sambal Sotong


BAHAN-BAHAN:
1 kg sotong (hiris kecil)
3 ulas bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
20 tangkai cili merah (kisar)
5 tangkai cili kering (kisar)
4 helai daun limau purut
2 helai daun salam
Sedikit cili sos
Sedikit sos tomato
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis

CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan bahan kisar, sos, daun limau purut dan daun salam lalu kacau hingga rata.
3. Masukkan garam dan gula secukupnya.
4. Masukkan sotong dan masak hingga lembut
5. Kemudian masukkan bawang besar.

Sotong Bakar Berempah


Sotong Bakar Berempah


Sotong Bakar Berempah


BAHAN-BAHAN:
250 gm sotong
2 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar udang kering
1 sudu kecil sos tiram
Garam dan gula
1 sudu besar air limau nipis
2 ulas bawang putih (ketuk)
Aluminium foil secukupnya.

CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan cili kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan udang kering, sos tiram, garam dan gula secukup rasa dan kacau rata.
3. Masukkan jus limau, sesuaikan rasa dan masak sehingga pekat.
4. Sediakan aluminium foil masukkan sambal, sotong dan lipat.
5. Kemudian panggang selama 15 minit.

Ketupat Sotong


Ketupat Sotong



Bahan-bahan:

1 kg sotong
400gm beras pulut (direndam selama 4 hingga 5 jam)
5 inci halia (dihiris)
3 biji bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu teh halba
4 cawan santan (1 biji kelapa)
1 sudu teh kelapa
Lidi kelapa dipotong 2 inci
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:

Sotong dibuang kulit dan dibasuh sehingga bersih. Toskan sehingga kering
Beras pulut ditoskan dan digaul dengan garam. Kacau rata
Masukkan beras pulut ke dalam perut sotong sehingga ¾ badannya
Tutup ruang terbuka sotong dengan lidi kelapa yang dipotong tadi (supaya beras pulut tidak terkeluar)
Masukkan sotong dan semua bahan dalam periuk
Masakkan dengan api sederhana selama 30 minit sehingga kuah pekat
Hidangkan dengan kuahnya

Sotong Sumbat Bercicah


Sotong Sumbat Bercicah


Bahan-bahan:

180gm beras pulut

450ml santan (1 biji kelapa)

5-6 ekor sotong sederhana besar

Garam secukup rasa

5-6 batang lidi (3-4 cm panjang)

 

Bahan sos:

3 sudu besar mentega kacang halus

3 sudu besar sos tiram nona

2 ulas bawang merah, cincang halus

1 sudu besar sos cili

2 sudu teh sos ikan

Garam dan gula secukup rasa

 

Cara membuatnya:

Bersihkan beras pulut. Rendam dengan santan selama 30 minit

Bersihkan sotong. Keluarkan kepalanya

Toskan beras kemudian masukkan santan dan direndam dalam periuk

Isikan dengan beras pulut ke dalam sotong 1/3 penuh, tutupkan dengan kepala sotong

Cucuk dengan lidi supaya kepala tak tercabut, masukkan ke dalam periuk tadi

Kacau atas api perlahan hingga mendidih. Perlahankan api, masak sehingga pekat

Sukat sebanyak 400ml santan, tambah bahan sos dan garam

Masak hingga mendidih, hidangkan sotong dengan pencicahnya.

SOTONG KUKUS LIMAU


SOTONG KUKUS LIMAU

 

Bahan-bahan:

150gm sotong – dipotong bulat

200ml air

4 biji cili padi – diketuk

2 biji bawang putih – dicincang

4 sudu besar jus limau nipis

1 sudu besar sos ikan

Gula pasir secukup rasa

 

Cara memasak:

Rebus sotong terlebih dahulu sehingga masak. Toskan

Untuk kuah: Jerang air bersama bawang putih, cili padi, jus limau nipis, sos ikan dan gula sehingga mendidih

Masukkan sotong tadi ke dalam kuah yang telah mendidih. Kacau rata sebelum diangkat.

SOTONG MASAM MANIS


SOTONG MASAM MANIS

 

Bahan-bahan:

300 gm sotong – dipotong

2 biji bawang putih – dicincang

1 biji tomato – dibelah 6

1 biji cili merah – dihiris

½ biji timun – dihiris

½ biji nenas kecil – dipotong dadu

3 sudu besar minyak masak

Air secukupnya

 

Bahan Sos

2 sudu besar cili kisar

2 sudu besar sos cili

2 sudu besar sos tiram

2 sudu besar sos tomato

Gula pasir secukup rasa

 

Bahan A:

2 biji cili api – diketuk

½ biji bawang besar – dihiris

1 sudu besar sos plum

1 sudu besar jus limau nipis

Garam secukup rasa

 

Cara memasak:

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih bersama bahan sos

Masukkan sotong dan sedikit air. Biarkan hingga mendidih

Kemudian masukkan cili merah, timun, nanas dan tomato. Kacau rata hingga mendidih.

Masukkan semua bahan A dan kacau hingga mendidih.

SOTONG GORENG TEPUNG


SOTONG GORENG TEPUNG

 

Bahan-bahan:

5 ekor sotong saiz sederhana – dipotong & dikelar

Minyak masak

 

Bahan A (digaul sebati)

2 biji putih telur

1 sudu besar serbuk kari

1 sudu kecil serbuk lada putih

 

Bahan B (Diayak)

30 gm tepung jagung

30 gm tepung gogi (khas untuk goreng rangup)

30 gm tepung kastad.

 

Cara memasak:

Rebus sotong sehingga masak dan empuk. Angkat dan toskan

Bubuh sotong tadi ke dalam bahan A

Kemudian masukkan pula ke dalam campuran bahan B

Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng sotong tadi hingga kekuning-kuningan sebelum diangkat

Sedia dihidangkan bersama sos pencecah.

KERABU SOTONG

Kerabu Sotong





Bahan-bahan:

½ kg sotong – bersihkan dan celur

2 batang kacang panjang

1 biji tomato

5 tangkai cili padi

1 ulas bawang merah

1 biji cili merah

I biji limau kasturi – ambil jusnya

2 sudu besar kacang tanah


Caranya:

Campurkan kesemuanya dan gaul sebati

Sesuaikan dengan rasa dan hidangkan.

Sotong Bakar

Sotong Bakar






Bahan-bahan;

500gm sotong – dibersihkan

Garam dan kunyit secukupnya


Bahan-bahan sos kicap:

1 biji bawang besar

2 biji cili merah

5 tangkai cili padi

½ cawan kicap manis

1 biji limau kasturi- ambil jusnya.


Cara memasaknya:

Perap sotong dengan garam dan kunyit

Bakar sehingga masak

Hidangkan bersma sos kicap


Cara membuat sos kicap:

Campurkan kesemuanya dan gaul sebati

Sesuaikan rasanya dan hidangkan bersama sotong bakar.

Rakan Blogger

BlogMalaysia.com

Featured Posts