Showing posts with label Resepi Agar-Agar. Show all posts
Showing posts with label Resepi Agar-Agar. Show all posts

Agar Agar Santan

Agar Agar Santan


Bahan-Bahan:

10gram serbuk agar-agar (1 Paket)

1 Liter air (5 cawan)

1 Cawan gula merah

1/2 cawan gula halus

2 cawan santan pekat (1 biji kelapa)

1 biji telur ayam


Cara Membuatnya:


Masakkan serbuk agar-agar dengan air sehingga mendidih 

Masukkan gula merah dan gula pasir. Biarkan mendidih sekali lagi

Gaulkan telur dan santan sehingga sebati, kemudian tapiskan

Masukkan santan dan kacau. Biarkan mendidih seketika

Angkat adunan dan tuang dalam acuan

Sejuk dan potong semasa menghidang

Dadih Strawbery

Dadih Strawbery






Bahan-Bahan:


1 Liter susu kotak strawbery

2 liter air (10 cawan)

1 cawan gula halus

10gm serbuk agar-agar (1 paket)

Buah strawbery (sebagai hiasan)


Cara membuatnya:


Masakkan serbuk agar-agar, gula dan air sehingga mendidih

Apabila mendidih, tutupkan api

Kemudian masukkan susu kotak strawbery dan kacau rata

Masukkan ke dalam gelas ataupun bekas kecil

Sejukkan dalam peti sejuk

Hiaskan dengan buah strawberi dan hidangkan

Agar-agar Keledek


Agar-agar Keledek




Bahan-bahan:
15 gm agar-agar serbuk
Pewarna hijau
4 cawan air
250 gm keledek - rebus dan lecek
50 gm santan pekat
Sedikit garam
Cara Menyediakan:
1. Rebus agar-agar dengan air hingga larut.
2. Tuangkan santan, masukkan garam dan keledek. Biarkan mendidih sambil dikacau.
3. Tuangkan ke dalam acuan dan bekukan.
(Anda juga boleh menggunakan jus pandan untuk mendapat bau dan warna hijau)

Agar-agar zebra


Agar-agar zebra







BAHAN A:
25 gm agar-agar serbuk
700ml air
170 gm gula
2 helai daun pandan
BAHAN B:
250ml susu cair
30 gm tepung kastad
2 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila

BAHAN C:
1 sudu besar koko
CARA MENYEDIAKAN:
1. Masak bahan A sehingga sebati.
2. Masukkan bahan B yang telah dipukul sebati dan kacau adunan sehingga hampir pekat.
3. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian warnakan dengan serbuk koko dan satu bahagian lagi tidak perlu diwarnakan.
4. Tuangkan secara berselang-seli ke dalam acuan. Tuang sebahagian adunan tanpa koko ke dalam acuan, masukkan ke dalam peti sejuk sebentar, diikuti sebahagian adunan berkoko.

5. Ulangi proses dengan menuang dan mengeraskan adunan secara berselang-seli sehingga habis.
* Anda boleh menghias dengan menyusun hirisan buah-buahan di bahagian bawah acuan sebelum menuang lapisan pertama.

Agar-Agar Tapai Ubi


Agar-Agar Tapai Ubi


Agar-Agar Tapai Ubi



BAHAN-BAHAN:
1 paket agar-agar serbuk (10 gm)
2 cawan santan (jangan terlalu pekat)
1/2 cawan gula
2 cawan air
1 sudu kecil pewarna hijau
1 1/2 cawan tapai ubi kayu (potong kecil)

CARA MENYEDIAKAN:
1. Masukkan ubi kayu dalam acuan.
2. Dalam periuk, didihkan dua cawan air, dan setengah paket agar-agar.
3. Setelah mendidih tuangkan dalam bekas yang berisi tapai ubi tadi. Biarkan ia mengeras.
4. Sementara ia mengeras, dalam periuk lain, tuangkan santan, gula dan lebihan agar-agar serta pewarna hijau. Biarkan mendidih.
5. Cucukkan atau garukan dengan garfu agar-agar yang mengeras tadi sebelum dituang adunan berwarna hijau di atasnya.

Agar-Agar Tapai Bersantan


Agar-Agar Tapai Bersantan


Agar-Agar Tapai Bersantan


BAHAN-BAHAN:
1 paket agar-agar serbuk (10 gm)
1 cawan tapai pulut
2 cawan susu cair
1/2 cawan gula
2 cawan air

CARA MENYEDIAKAN:
1. Kisar tapai pulut bersama susu cair, air dan gula.
2. Tuangkan dalam periuk dan masukkan agar-agar.
3. Biarkan mendidih dan tuangkan dalam acuan mengikut cita rasa anda.
4. Boleh juga dibubuhkan pewarna merah.

PESAN SAJI: Sewaktu memasak dan mendidihkan adunan, api jangan terlalu besar kerana gas tapai akan membuak dengan cepat sewaktu ia mendidih.

Agar-Agar Jagung


Agar-Agar Jagung



Agar-Agar Jagung


BAHAN-BAHAN:
1 tin susu cair
2 tin jagung berkrim (kisar dan tapis)
25 gm agar-agar
7 gelas air
11 sudu besar gula
Sedikit pewarna merah, kuning dan hijau
Acuan berbentuk jagung

CARA MENYEDIAKAN:
1. Masak agar-agar hingga hancur, kemudian masukkan jagung, gula dan susu cair. Kacau sebati.
2. Bahagikan agar-agar kepada tiga bahagian. Warnakan merah, kuning dan hijau.
3. Tuangkan adunan di dalam acuan dan sejukkan.

Agar-Agar Yogurt Buah


Agar-Agar Yogurt Buah


Agar-Agar Yogurt Buah




BAHAN-BAHAN:
1 paket agar-agar serbuk (10 gm)
3 cawan air
1 biji buah kiwi (potong dadu)
1 biji buah pir kuning (buang kulit & potong dadu)
2 potong tembikai susu (potong dadu)
1 cawan yogurt (tiada perisa)
1 cawan gula

CARA MENYEDIAKAN:
1. Tuangkan air dan serbuk agar-agar serta gula. Didihkan.
2. Kemudian masukkan yogurt. Matikan api.
3. Tuangkan buah-buahan.
4. Kemudian tuangkan adunan ke dalam acuan.

Agar-Agar Tembikai


Agar-Agar Tembikai


Agar-Agar Tembikai


BAHAN-BAHAN:
1 paket agar-agar serbuk (10 gm)
1 tin susu cair
1/2 cawan gula
3 cawan air
3 cawan tembikai

CARA MENYEDIAKAN:
1. Mula-mula kisar tembikai dengan susu dan air.

2. Tuangkan dalam periuk.

3. Masukkan agar-agar dan gula.

4. Biarkan mendidih dan tuangkan dalam acuan.

Puding Kek Kastad


Puding Kek Kastad


Puding Kek Kastad


BAHAN-BAHAN:
1 biji kek mentega
100 gm tepung kastard
1/4 tin susu cair
1/4 tin susu pekat
1 tin air

CARA MENYEDIAKAN:
1. Bahan-bahan seperti tepung kastard, susu cair, susu pekat dan air dikacau hingga pekat di atas api yang kecil.
2. Kek mentega diletakkan di dalam acuan. Curahkan bahan-bahan di atas kek mentega tersebut.
3. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 150oC selama 8 hingga 10 minit.
4. Jika suka bolehlah makan bersama sos kastard.

Puding Roti Keju


Puding Roti Keju


Puding Roti Keju


BAHAN-BAHAN:
750 ml susu segar
3 biji telur
150 gm gula perang
100 gm kismis
1 sudu kecil serbuk kayu manis
6 keping keju

CARA MENYEDIAKAN:
1. Pukul rata susu dan telur.
2. Rendamkan roti ke dalam bancuhan susu tadi.
3. Masukkan ke dalam acuan yang telah disapu mentega.
4. Taburkan campuran gula pada setiap lapisan hingga lapisan atas.
5. Setelah siap, lapisan atas sekali letakkan keju.
6. Tuangkan baki susu dalam acuan. Kemudian bakar pada suhu 180oC selama setengah jam.

BAHAN KUAH:
500 ml susu segar
200 gm gula pasir
3 sudu kecil tepung jagung
2 sudu kecil esen vanila

CARA MENYEDIAKAN:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau di atas api yang perlahan hingga pekat.
2. Sejukkan dan tuangkan atas puding tadi.

Rakan Blogger

BlogMalaysia.com

Featured Posts