Showing posts with label Resepi Kuih Tradisional. Show all posts
Showing posts with label Resepi Kuih Tradisional. Show all posts

Sagu Biji Kukus dengan Kelapa

Sagu Biji Kukus dengan Kelapa







Bahan-bahan



250 gram Sagu biji, dicuci, direndam dengan air selama 1 jam & ditoskan

140 gram Gula

200 gram Kelapa parut yang dibuang kulit ari

¼ sudu teh Garam (bumbung)

1 sudu besar Jus daun pandan. Diperah dari 10 helai daun pandan yang dikisar

Beberapa titis Pewarna hijau

Beberapa titis Pewarna merah

¼ sudu teh Esen ros

1 keping Daun pisang yang dipotong bulat 23 cm & disapu dengan minyak masak

3 helai Daun pandan yang kecil. Disimpul



Cara membuatnya

■ Didihkan air di dalam pengukus di atas api yang besar

■ Gaul rata-rata sagu biji, gula, kelapa & garam. Bahagikan 3 bahagian

■ Campur jus pandan & pewarna hijau pada satu bahagian & yang satu lagi dengan pewarna merah & esen ros. Biarkan satu bahagian lagi berwarna putih.

■ Lapis acuan kek 23 cm dengan daun pisang. Ratakan adunan putih & tekan perlahan-lahan dengan sudip. Bubuh sehelai daun pandan di atasnya. Lap bahagian dalam tudung pengukus agar air tidak menitis ke atas kuih. Kukus selama 10 minit sehingga sagu menjadi lutsinar. Angkat daun pandan & ratakan pula adunan hijau di atas lapisan putih. Bubuh satu lagi daun pandan di atasnya & kukus selama 10 minit sehingga sagu masak. Ulang proses dengan adunan merah.

■ Apabila masak, angkat dari pengukus & sejukkan kuih betul-betul sebelum memotongnya.

Onde-Onde Istimewa / Buah Melaka Istimewa

Onde-Onde Istimewa / Buah Melaka Istimewa





Bahan-bahan

150 gm Tepung pulut

100 gm Keledek (kuning) - direbus dan ditumbuk halus

8 helai Daun pandan-dihiris

100 ml Air

Setitik pewarna hijau

3 helai Daun pandan-diikat

Inti80 gm Gula Melaka dihiris halus
½ camca besar Gula pasir




Untuk menyadur kuih:

100 gm Kelapa parut putih

Garam mengikut rasa

Bijan panggang

Bakul daun pandan
 

Cara membuatnya

■ Gaulkan tepung, keledek dan jus pandan hingga campuran menjadi doh yang lembut. Gunakan pewarna hijau jika perlu.

■ Jerang air dan masukkan daun pandan. Bentukkan guli-guli daripada doh dan buat lubang di tengah-tengahnya

■ Bubuh ¼ camca teh inti (campuran gula) dan tangkupkan doh rapat-rapat. Masukkan onde-onde ke dalam air mendidih.

■ Bila kuih timbul, biarkan ½ minit. Keluarkan dan golekkan ke dalam kelapa parut.

■ Boleh dihidangkan di dalam bakul daun pandan jika suka. Taburkan bijan panggang sebelum dihidangkan.

Kuih Kasui

Kuih Kasui


Bahan-bahan

A


180 gm Tepung beras

120 gm Tepung kanji

4 camca besar Tepung gandum



B

450 gm Gula Melaka. Dihiris

4 camca besar Gula pasir

200 ml Air kelapa

5 helai Daun pandan-diikat

3 ½ camca teh Air abu

1150 ml Air

Beberapa titik Kicap pekat



Untuk Menyadur Kuih

200 gm Kelapa putih parut

Secukup rasa Garam



Cara membuatnya

■ Masak (B) hingga gula larut. Tapis & sejukkan

■ Gaulkan (A), (B) & air abu sehingga sebati. Tuangkan air & kacau. Masukkan sedikit kicap pekat untuk warna

■ Panaskan acuan 27 cm di dalam pengukus. Masukkan adunan ke dalam periuk. Masak atas api yang sederhana sentiasa kacau sehingga panas

■ Tuangkan ke dalam acuan & kukus selama 35-45 minit sehingga masak. Tutup dengan kertas timah semasa mengukus

■ Sejukkan kuih sebelum dipotong

■ Golekkan ke dalam kelapa parut putih

■ Hidangkan

 

Talam Keladi

Talam Keladi





Bahan-bahan

600 gm Keladi. Dipotong dadu

1 camca teh Garam

5 helai Daun pandan. Diikat



Bahagian atas kastad

4 biji Telur

120 gm Gula pasir

3 helai Daun pandan

Secubit rasa Garam

3 camca besar Tepung gandum

275 ml Santan pekat

100 ml Air

Beberapa titik Pewarna kuning



Cara membuatnya

■ Campurkan keladi & garam. Bubuh ke dalam acuan 20 cm. Letakkan daun pandan diatasnya. Kukus atas api yang besar sehingga keladi empuk

■ Keluarkan acuan & tekan keladi padat-padat. Kukus lagi 10 minit

■ Pukul telur, gula & daun pandan. Masukkan garam & tepung. Tambah santan sedikit demi sedikit & air bersama pewarna kuning. Kacau sehingga sebati. Tapiskan kastad

■ Masukkan adunan ke dalam periuk & panaskan di atas api sambil dikacau hingga panas

■ Tuangkan ke atas keladi & kukus di atas api yang sederhana selama 40 minit atau sehingga masak. Tutup dengan kertas timah supaya air tidak menitik ke atas kuih

■ Sejukkan sebelum dipotong

Kuih Takir

Kuih Takir



Bahan-bahan:

500 gm tepung beras
1.5 kg gula apong
1 sudu besar garam atau secukup rasa
750 gm santan - daripada 2 biji kelapa
450 gm air untuk menghancurkan garam
Daun pucuk atau nipah - dibuat acuan takir

Cara Menyediakan:

1. Masak santan, tetapi jangan sampai mendidih, cukup sekadar naik wap.

2. Larutkan garam dalam air.

3. Adun tepung beras dengan air garam hingga larut dan tuangkan santan yang telah dimasak tadi. Kacau rata.

4. Panaskan pengukus, isikan satu sudu besar gula apong ke dalam acuan takir, tuangkan adunan tepung di atasnya.

5. Bila semuanya siap, kukus hingga masak.

Nota:

* Kuih ini adalah kuih tradisional Sarawak yang menjadi hidangan kenduri-kendara negeri itu zaman dahulu.

* Gula apong adalah gula yang diperbuat dariapda nira pokok apong atau pokok nipah.

* Daun yang digunakan adalah daun pokok apong atau nipah yang mengeluarkan haruman apabila dikukus atau dibakar. Sekaligus memberikan rasa tersendiri kepada kuih muih.

Donat Marble Inggeris

Donat Marble Inggeris




Bahan A:

500 gm tepung roti (berprotein tinggi)
75 gm gula kastor
1 sudu kecil garam
3/4 sudu besar yis kering
1 sudu kecil pelembut roti
1 sudu besar susu tepung

Bahan B:

100 gm ais
1 biji telur
2 sudu besar susu pekat manis

Bahan C

40 gm mentega
40 gm shortening

Bahan D

3 biji kentang - direbus dan dilecek
1 sudu besar minyak jagung

Hiasan:

50 gm gula kastor
100 gm coklat masakan
50 gm coklat putih

Cara Menyediakan:

1. Maskukkan telur ke dalam ais, kacau seketika kemudian masukkan susu, kacau lagi hingga rata. Ketepikan.

2. Dalam mangkuk adunan, masukkan kesemua bahan A dan bahan C. Putar 3 minit dengan kelajuan perlahan hingga rata. (Gaul ramas jika menggunakan tangan)

3. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit ke dalam tepung. Pukul lagi selama 10 minit dengan kelajuan sederhana. (Uli rata jika menggunakan tangan)

4. Masukkan bahan D dan pukul lagi selama 10 minit. (Uli sehingga lembut)

5. Doh mestilah elastik, lembut dan berkilat. Jika keras, tambahkan sedikit air sejuk.

6. Masukkan doh ke dalam plastik, rehatkannya selama 30 minit pada suhu bilik dan biar doh naik sekali ganda.

7. Keluarkan doh daripada plastik, uli memanjang dan pukul doh di atas permukaan meja. Potong doh setiap satu seberat 40 gm dan bulat-bulatkan. Rehatkan di atas dulang beralas tepung selama 30 minit, dan tutup dengan plastik agar kekal lembap.

8. Apabila doh naik, buat lubang di tengahnya, rehatkan lagi 30 minit. Goreng dan tuskan minyak serta ketepikan.

9. Sementara itu, cairkan coklat masakan dan gula kastor secara double boiler, celupkan sebahagian permukaan donat dalam coklat cair.

10. Cairkan juga coklat putih dan masukkan dalam beg piping dan paipkan di permukaan donat yang bercelup coklat. Keringkan coklat sebelum dihidangkan.

Blueberry Struddle

Blueberry Struddle




Bahan-bahan:

300 gm tepung gandum
200 gm pastri marjerin - dipotong dadu
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula halus
1 sudu besar marjerin
150 ml air

Bahan Hiasan:

Inti blueberi secukupnya
Kuning telur
Kuaci yang dibuang kulitnya

Cara Menyediakan:

1, Campurkan kesemua bahan kecuali pastri marjerin dan bahan hiasan, gaul rata. Uli sehingga sebati dan menjadi doh yang lembut.

2. Perap selama setengah jam. Kemudian canai doh memanjang. Taburkan pastri marjerin di bahagian tengah, kemudian lipat ke tengah kedua-dua bahagian hujung doh.

3. Lipat ke tengah lagi di kedua-dua bahagian hujung doh hingga menjadi kepingan doh segi empat sama.

4. Canai memanjang (bahagian yang tidak berlapis) doh sehingga separuh nipis.

5. Lipat ke tengah di kedua-dua bahagian hujung seperti tadi. Lipat lagi ke tengah di kedua-dua bahagian hujung sehingga menjadi kepingan segi empat sama.

6. Rehatkan doh di dalam peti sejuk selama setengah jam.

7. Kemudian canai memanjang (bahagian berlapis), tandakan bahagian tengahnya (sebagai tanda kepingan tersebut dibahagi dua bahagian, tetapi jangan dipotong).

8. Letakkan inti blueberi pada satu bahagian manakala satu bahagian lagi dipotong dengan rol pemotong untuk membentuk corak.

9. Lipatkan bahagian yang dipotong bercorak ke bahagian yang dipenuhi inti blueberi dan kemaskan bahagian tepinya.

10. Sapukan permukaan struddle dengan kuning telur dan taburkan kuaci sebelum dibakar sehingga masak.

Sagu Delima

Sagu Delima




Bahan A


1 Cawan Sagu Delima

3 cawan air

1 cawan gula

1 sudu teh pewarna merah

1 helai daun pandan (Disimpulkan)


Bahan B


1/2 biji kelapa parut muda
dan sedikit garam digaul rata


Cara Membuatnya:


Sagu biji dibersihkan, rendam sebentar dan toskan

Masakkan air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Buangkan daun pandan

Masukkan sagu serta pewarna merah. Kacau hingga sagu kembang

Apabila sagu kembang, angkat dan masukkan ke dalam loyang dan sejukkan

Apabila sejuk, potong dan gaulkan dengan kelapa parut muda yang digaulkan dengan garam

Sedia dihidangkan 

Kuih Samosa

Kuih Samosa




Bahan A:


Kulit popia secukupnya

2 sudu makan tepung gandum (Dibancuh dengan 3 sudu makan air sebagai gam kulit popia)

Minyak bagi menggoreng


Bahan B (Dikisar)


200gm daging (Dikisar ataupun dicincang)

2 biji kentang (Dipotong dadu)

1 labu bawang besar (dipotong dadu)

1 batang kecil lobak merah (Dipotong dadu)

1 sudu makan rempah kari

2 biji cili merah (dicincang)

Daun sup dan daun bawang (hiris halus)

1 sudu makan minyak masak

Garam secukup rasa




Cara membuat Inti:


Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar hingga layu

Masukkan daging kisar dan kacau rata

Masukkan rempah kari dan kacau lagi

Masukkan kentang, lobak merah, cili merah dan garam. Masakkan sehingga kentang dan lobak merah lembut dan kering

Tutup api, kemudian taburkan daun sup dan daun bawang, Kacau rata

Angkat dan sejukkan



Cara membuat samosa

Potong kulit popia. Letakkan inti di hujung kulit popia dan lipatkan supaya menjadi segitiga

Gamkan setiap lapisan kulit dengan bancuhan tepung

 Gorengkan hingga kuning keemasan

Hidangkan dengan sos cili 

Sardin Gulung

Sardin Gulung




Bahan A


10 keping roti sandwich biasa

3 biji telur

1 cawan serbuk roti

sedikit garam

minyak untuk menggoreng



Bahan B (Inti)

1 tin kecil sardin

2 biji limau kasturi (diambil jusnya)

1 biji cili merah (dicincang)

1 labu kecil bawang besar (dicincang)



Cara membuatnya:

Masukkan bahan inti ke dalam kuali dan hancurkan dengan garfu

Masakkan hingga sedikit kering. Sapukan inti di atas roti dan gulungkan. gamkan dengan sedikit telur yang dipukul

Celupkan roti ke dalam telur yang dipukul dengan sedikit garam

Golekkan gulungan roti diatas serbuk roti

Gorengkan di dalam minyak hingga kuning keemasan

Angkat dan toskan 
 

Kuih Badak Berendam

Kuih Badak Berendam





Bahan-Bahan:


2 cawan tepung pulut

1 cawan air tapisan pandan (8 helai daun pandan)

2 cawan santan pekat (1/2 biji kelapa)

1 cawan kelapa parut

1 cawan gula merah

1/2 cawan gula pasir

1/2 cawan air

2 helai daun pandan (disimpul)

Garam secukup rasa



Cara Membuatnya:


Bancuh tepung pulut bersama air daun pandan sehingga menjadi doh yang lembut

Masak kelapa parut bersama gula merah, gula pasir, air dan daun pandan sehingga pekat bagi menjadikan inti

Bentukkan doh menjadi bulat dan isikan inti di dalamnya

Letakkan doh berinti di dalam loyang dan tuangkan santan pekat yang digaulkan garam

Kukuskan selama 30 minit ataupun sehingga masak

Sediakan dihidangkan.

Kuih Lompang

Kuih Lompang





Bahan -Bahan:


2 cawan tepung beras

1/2 sudu teh kapur

1 cawan gula merah

1/2 cawan gula pasir

6 cawan air

1 cawan kelapa parut muda

Garam secukup rasa




Cara membuatnya:


Bancuhkan tepung beras dengan air kapur yang sudah ditapis

Masukkan gula merah, gula pasir dan air ke dalam periuk dan didihkan

Tuangkan air gula ke dlaam mangkuk adunan tepung tadi. Kemudian kacau rata

Panaskan cawan kecil di dalam kukusan

Kukuskan kuih selama 15 minit

Sejukkan kuih

Kemudian gaulkan kelapa dengan garam

Cungkillah kuih perlahan-lahan dan masukkan kelapa parut muda ditengah.

Kuih Lompat Tikam

Kuih Lompat Tikam




Bahan A (Lapisan Hijau - Lapisan Bawah)


1 cawan tepung beras

1 sudu makan tepung jagung

3 cawan santan cair

1/2 cawan air lapisan pandan dan pewarna hijau

1 sudu teh air kapur

Sedikit Garam



Bahan B (Lapisan Putih - Santan)


1 Cawan tepung beras

1 sudu makan tepung jagung

3 cawan santan pekat

1 sudu teh garam



Bahan C (air gula merah)


1 cawan gula merah

1/2 cawan gula pasir

1 cawan air

1 helai daun pandan (disimpul)




Cara membuatnya Lapisan Hijau:


Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang

Campurkan semua bahan A dan tapiskan

Masakkan adunan diatas api seketika, tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit

Apabila sudah masak, cakarkan sedikit permukaan kuih bagi memudahkan bahagian lapisan
santan melekat




Cara membuat inti:


Campurkan semua bahan B dan tapiskan

Masakkan adunan di atas api seketika

Tuangkan adunan perlahan-perlahan diatas lapisan hijau

Kukuskan selama 20 minit, kemudian sejukkan

Apabila sudah sejuk, potong kuih lompat tikam dan hidangkan dengan air gula merah


Cara Membuat Air gula:


Masakkan semua bahan C sehingga mendidih

Tapis dan hidangkan bersama kuih lompat tikam.

Kuih Lopes

Kuih Lopes




Bahan A


2 cawan pulut

2 cawan santan cair (1/2 biji kelapa)

1/2 cawan air tapisan pandan (7 helai daun pandan)

1 sudu teh air kapur

1/2 biji kelapa parut muda

Garam secukup rasa



Bahan B


1 cawan air

1/2 cawan gula merah

1/2 cawan gula pasir

1 helai daun pandan (Disimpul)



Cara Membuatnya:


Basuh pulut dan rendamkan selama 1 sehingga 2 jam

Masukkan semua bahan kecuali kelapa parut muda ke dalam loyang dan kukus sehingga 30 minit

Masakkan bahan B sehingga mendidih dan tapiskan. Kemudian ketepikan.

Keluarkan pulut yang sudah dimasak dan masukkan ke dalam mangkuk kecil, kemudian tekan supaya leper tetapi padat.

Gaulkan dengan kelapa parut muda yang sudah digaulkan dengan garam

Hidangkan dengan air gula merah

Kuih Seri Muka

Kuih Seri Muka





Bahan A (Lapisan Pulut)


2 cawan beras pulut

1 1/2 cawan santan cair (1/2 biji kelapa)

1/2 sudu teh garam


Bahan B (Lapisan Hijau)


2 cawan santan pekat

1/2 cawan air tapisan pandan

1 sudu teh pewarna hijau

1/2 cawan gula pasir

1/2 cawan tepun gandum

2 sudu makan tepung kastard

1 biji telur

1 sudu teh garam




Cara Membuatnya:

Basuh beras pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum masak

Masukkan bahan A ke dalam loyang dan kukuskan sehingga masak

Lapikkan plastik ke dalam loyang bulat ataupun empat segi berukuran 8 inci

Tekan pulut yang sudah dimasak tadi supaya mampat dan cantik

Masukkan bahan B ke dalam mangkuk dan kacau rata. Kemudian tapiskan

Masukkan di dalam kuali tidak lekat dan panaskan sekadar suam-suam kuku

Tuangkan perlahan-lahan di atas pulut tadi

Kukuskan selama 30 minit

Sejukkan dahulu, kemudian potong dan sedia dihidangkan. 

Talam Cendol

Talam Cendol





Bahan-Bahan: (Gula Merah)

1 Cawan tepung beras

1/2 Cawan gula merah

1/2 Cawan gula pasir 

3 Cawan air

 Garam secukup rasa



Bahan B (Lapisan atas Cendul)

1 cawan Cendul

1 Cawan Tepung Beras

3 Sudu Makan Tepung Jagung

3 Cawan santan pekat (1/2 biji kelapa)

Garam secukup rasa



Cara Membuat Lapisan Atas:

Gaulkan semua bahan kecuali cendul supaya sebati

Tapiskan ke dalam kuali tidak lekat dan masukkan cendul

Kacau di atas api perlahan sehingga nampak wap

Tutupkan api dan tuangkan ke atas permukaan lapisan bawah yang sudah dicakar

Kukuskan lagi selama 20 minit

Sejukkan dan potongkan semasa menghidang



Cara Membuat Lapisan Bawah:

Panaskan kukusan

Gaulkan semua bahan A dan tapiskan di dalam kuali tidak lekat dan kacau sehingga nampak wap

Tuangkan ke dalam loyang yang sudah disapukan sedikit minyak

Kukuskan selama 30 minit. 

Rakan Blogger

BlogMalaysia.com

Featured Posts