TERUNG BAKAR



TERUNG BAKAR


Bahan-bahan:

5 buah Terung (Dibakar)

1 genggam Ikan Bilis (Dipanaskan diatas kuali tanpa minyak)

5 buah Cili Padi (Dihiris nipis-nipis)

3 buah limau nipis

Garam dan aji secukup rasa


Cara Menyediakannya:

1. Buka kulit terung bahagian luar. Kemudian potong kepada saiz yang diinginkan. Masukkan kedalam mangkuk.

2. Ambil air limau nipis yang ditapis dan tuang keatas terung tersebut.

3. Masukkan ikan bilis yang siap diguar dalam kuali yang panas tanpa minyak, bila baunya naik, angkat dan masukkan keatas terung. Letaklah garam dan aji secukup rasa.

4. Setelah itu gaul semua bahan yang dimasukkan. Setelah sebati makanan ini bolehlah diletakan diatas pinggan yang diinginkan