Agar-Agar Tapai Bersantan


Agar-Agar Tapai Bersantan


Agar-Agar Tapai Bersantan


BAHAN-BAHAN:
1 paket agar-agar serbuk (10 gm)
1 cawan tapai pulut
2 cawan susu cair
1/2 cawan gula
2 cawan air

CARA MENYEDIAKAN:
1. Kisar tapai pulut bersama susu cair, air dan gula.
2. Tuangkan dalam periuk dan masukkan agar-agar.
3. Biarkan mendidih dan tuangkan dalam acuan mengikut cita rasa anda.
4. Boleh juga dibubuhkan pewarna merah.

PESAN SAJI: Sewaktu memasak dan mendidihkan adunan, api jangan terlalu besar kerana gas tapai akan membuak dengan cepat sewaktu ia mendidih.