Pulut Pandan


Pulut Pandan


Pulut Pandan


BAHAN-BAHAN:
500 gm beras pulut
1 ketul gula kabung
100 gm gula
250 ml puri durian
500 ml santan
1 sudu kecil garam
10 helai daun pandan

CARA MENYEDIAKAN:
1. Beras pulut direndam semalaman dan kukus selama 30 minit. Setelah masak ketepikan.
2. Selepas itu masak puri durian bersama dengan santan, gula kabung dan gula seperti membuat serawa durian.
3. Daun pandan pula, dilipat menjadi empat segi.
4. Kemudian gaulkan serawa durian dengan pulut dan letak kan di dalam acuan daun pandan tadi. Gaulkan rata dan kukus lagi selama 25 minit. Baki serawa yang selebihnya dituang kan semasa menghidangkan.