Kentang Putar Thai


Kentang Putar Thai


Kentang Putar Thai


BAHAN-BAHAN:
800 gm kentang
40 gm mentega
60 ml pati santan
1 sudu kecil gula

BAHAN A:
1 sudu besar minyak sayuran
80 gm bawang besar (cincang)
1 ulas bawang putih (ketuk)
1 tangkai cili merah (cincang)
1 sudu kecil halia (cincang)
1 sudu besar daun ketumbar (cincang)

CARA MENYEDIAKAN:
1. Kupas kentang, kemudiannya rebus sehingga empuk. Setelah empuk, lecek sehingga lumat. Masukkan pula mentega, santan dan gula. Pukul sehingga sebati.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih, cili merah dan halia sehingga kekuningan. Selepas itu, masukkan bahan yang telah ditumis tadi di dalam kentang yang sedang dipukul. Gaulkan sebati dan taburkan daun ketumbar.