Telur dadar Lipat

Telur dadar Lipat


Bahan-bahan:

4 biji telur
1 sudu makan minyak
Garam secukup rasa
100gm isi ayam (dipotong dadu)
1 ulas bawang putih (dimayang)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 biji tomato (dipotong dadu)
5 biji kacang pis
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan
Minyak masak
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:
Telur dan garam dipukul rata
Panaskan minyak dalam kuali leper dan tuangkan bancuhan telur tadi
Bila nampak telur dadar masak letakkan bahan inti yang sudah masak disebelah bahagian sahaja
Lipatkan telur dadar dan tekan supaya kemas
Sedia dihidangkan

Cara membuat inti
Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan dan wangi
Masukkan isi ayam dan kacau rata
Masukkan sos cili, tomato, kacang pis dan garam
Kacau rata dan tutup api