Tauhu ala Szechuan


Tauhu ala Szechuan


Bahan-bahan:

10 keping tauhu

200gm lada bengala hijau – potong dadu

200gm lada benggala merah – potong dadu

200gm bawang besar – potong dadu

400gm cendawan hitam

300ml sos szechuan

30ml sos tiram

10ml minyak bijan

Sedikit garam

 

Cara menyediakan:

Potong tahu tiga segi dan goreng sehingga kekuningan. Angkat dan asingkan

Tumiskan bawang besar dan lada bengala hijau dan merah sehingga kekuningan

Masukkan cendawan hitam, sos szechuan, sos tiram dan sedikit garam

Masak sehingga pekat kuahnya. Tambah garam (jika perlu)

Selepas itu masukkan pula tauhu dan minyak bijan. Gaulkan rata.