Ayam Berlada Bersalut Tepung


Ayam Berlada Bersalut Tepung


Bahan-bahan:

1 ekor ayam

300gm bawang besar

500gm cili merah/kisar

400 gm lada bengala merah / kisar

400gm tomato / kisar

50gm air asam jawa

340gm sos cili

250gm tepung serbaguna agromas

 

Bahan kisar:

100gm bawang merah

60gm bawang putih

60gm halia

200gm serai

 

Cara menyediakan:

Gaul ayam bersama serbuk kunyit, garam dan tepung agromas

Kemudian goreng sehingga garing. Angkat dan ketepikan

Tumiskan pula bahan kisar sehingga wangi, masukkan cili merah, lada bengala merah dan tomato yang telah dikisar

Masukkan air asam jawa dan sos cili secukup rasa. Kacau sebati

Selepas itu, barulah masukkan ayam goreng. Gaul rata dan kacau seketika agar ia sebati dengan ayam.