Nasi Beriani


Nasi Beriani


Bahan-bahan:

500gm beras basmati

1 liter air

1 sudu besar halia / cincang

1 sudu besar bawang putih / cincang

Sedikit minyak masak

Sedikit garam

Sedikit pewarna kuning

 

Bahan Rempah:

4cm kulit kayu manis

3 kuntum bunga lawang

3 biji buah pelaga

Bahan Pes:

100gm halia

50gm bawang putih

 

Cara menyediakan:

Bersihkan beras dan rendam dengan air selama 10 minit. Angkat dan toskan airnya.

Tumiskan bawang putih, halia dan bahan rempah selama satu minit.

Kemudian masukkan bahan tumisan ini dalam periuk lain

Tuangkan air dan didihkan. Masukkan bahan pes dan beras basmati. Tanak sehingga masak.

Apabila nasi sudah separuh masak, renjiskan pewarna kuning. Perlahankan api dan tutupkan periuk dengan kertas aluminium (foil) selama 15 minit

Padamkan api dan biarkan kertas aluminium selama 5 minit. Selepas itu barulah boleh dibuka kerta aluminium.