RENDANG UDANG DENGAN LIMAU PURUT

Rendang Udang dengan Limau Purut

Bahan-bahan:

1 kilo udang

15 biji bawang merah

6 biji bawang putih

1 batang serai

1 inci lengkuas

1 inci halia

1 mangkuk cili kering

20 helai daun limau purut

6 biji kelapa – ambil santan pekat sahaja


Cara Membuatnya:

Tumis bawang merah, bawang putih, cili, serai, lengkuas dan halia sehingga naik bau

Kemudian masukkan daun limau purut dan tumis sehingga harum

Setelah itu, msukkan udang dan tumis hingga separuh masak

Masukkan santan lalu kacau sehingga kuah menjadi pekat. Tambah gula dan garam mengikut citarasa

Apabila kuah santan telah mengiring seakan bentuk kerisik, matikan api

Sedia untuk dihidangkan.