AGAR-AGAR BUAH KIWI

Agar-agar Buah Kiwi

Bahan-bahan:

500ml air

90ml gula kastor

10gm serbuk agar-agar

200ml susu segar

20gm tepung jagung

2 biji buah kiwi- dikisar


Cara membuatnya:

Didihkan air, gula dan serbuk agar

Kemudian masukkan campuran susu dengan tepung jagung lalu dikacau sehingga agak pekat

Alihkan daripada api dan masukkan buah kiwi kisar kemudian kacau sehingga sebati

Selepas itu tuangkan ke dalam acuan mengikut citarasa anda

Sejukkan dalam peti ais