Dendeng Ragi


Dendeng Ragi






Bahan-bahan:
1 kg daging batang pinang - direbus empuk dan dihiris nipis
2 sudu besr ketumbar - sangai dan tumbuk
Bahan-bahan kisar:
2 batang serai
4 cm lengkuas
1 cm halia
15 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm kunyit segar
10 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
1/2 biji kelapa parut - disangai hingga kering
1/2 cawan minyak
1/2 cawan air asam jawa
Gula dan garam secukup rasa
5 helai daun limau purut
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik baunya.
2. Tuangkan air asam dan perisakan dengan gula dan garam.
3. Masukkan ketumbar dan daging, masak hingga hampir kering airnya.
4. Masukkan kelapa sangai dan daum limau purut, balikkan-balikkan hingga hampir kering.