Vietnam Tofu

Vietnam Tofu


Vietnam Tofu



BAHAN-BAHAN:


350 gm tofu Jepun

200 gm udang
1sudu kecil tepung ubi
1 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil sos cili
1 sudu besar kicap pekat
2 ulas bawang putih (hiris)
1/2 labu bawang besar (hiris)
1 tangkai cili merah (hiris)
5 cm halia (hiris)

CARA MENYEDIAKAN:
1. Potong tofo Jepun sebesar dua  jari dan goreng sehingga kekuningan.
2. Udang dibersihkan dan disalutkan dengan tepung ubi dan goreng sehingga kekuningan. Ketepikan.
3. Panaskan dua sudu besar minyak masak, tumis bawang putih sehingga garing dan masukkan bawang besar, cili merah dan halia yang dihiris tadi.
4. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap pekat, gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
5. Setelah sos mendidih, masukkan udang dan tofu. Gaul seketika dan angkat untuk dihidangkan.