Makaroni Goreng Sosej

Makaroni Goreng Sosej




Bahan-bahan:

200 gm makaroni - rebus hingga lembut dan masukkan sedikit marjerin
6 keping sosej - dipotong nipis
120 gm daging dalam tin (corn beef)
120 gm sayur campur - lobak merah, jagung dan pis
3 ulas bawang putih - kisar
3 ulas bawang merah - kisar
2 tangkai cili merah - kisar
2 labu bawang besar - potong dadu
3 sudu besar minyak

 
Bahan sos:


3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk pati ayam atau lembu
1 cawan air atau stok daging
Sedikit garam dan lada sulah
 

Cara Menyediakan:

1. Panaskan minyak dan goreng sosej hingga kuning.

2. Angkat sosej dan tumis bahan kisar, masukkan bawang besar diikuti daging serta bahan-bahan sos yang telah dicampur terlebih dahulu. Kacau rata.

3. Akhir sekali masukkan makaroni, sayur campur, cendawan dan sosej. Kacau hingga kering.