Empal Daging Bersos Lada
Bahan-bahan:
300 gm daging cincang
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil tepung pulut
1 tangkai daun saderi - dipotong halus
20 biji buah prun - dibuang biji
Garam secukup rasa
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil tepung pulut
1 tangkai daun saderi - dipotong halus
20 biji buah prun - dibuang biji
Garam secukup rasa
Bahan-bahan Kuah:
1/2 cawan minyak
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
3 ulas bawang merah - ditumbuk halus
2 cm halia - ditumbuk halus
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar serbuk kas-kas
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos plum
1/2 cawan kacang pis
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
3 ulas bawang merah - ditumbuk halus
2 cm halia - ditumbuk halus
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar serbuk kas-kas
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos plum
1/2 cawan kacang pis
Cara Menyediakan:
1. Satukan kesemua bahan A kecuali buah prun dan gaul hingga rata. Ambil satu sudu kecil campuran daging dan letakkan ke atas tapak tangan. Masukkan buah prun untuk dijadikan inti sebelum dikepal bulat-bulat seperti bebola. Buat hingga habis dan kukus bebola daging selama 10 minit.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk halus. Bila berbau harum, masukkan rempah kari, serbuk lada hitam dan serbuk kas-kas. Kacau hingga rata dan biarkan hingga pecah minyak.
3. Masukkan kicap pekat dan sos plum. Bila mendidih, masukkan kacang pis dan bebeola daging yang siap dikukus kadi. Kacau dan angkat.
0Awesome Comments!