Puding Roti Karamel
Bahan A (Karamel)
1/2 cawan gula
1/2 cawan air
Bahan B (Puding)
10 keping roti (Dikoyakkan)
1 tin susu cair
1 cawan air
1 tin air buah pic (Didalam tin)
1/2 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanila
2 sudu makan tepung kastard
Buah Pic (sebagai hiasan)
Cara membuatnya:
Masakkan gula di dalam kuali tidak lekat
Apabila gula kekuningan, masukkan air dan kacau sehingga gula larut dan mendidih
Tuangkan karamel ke dalam loyang. Ketepikan
Kemudian gaul rata semua bahan B di dalam mangkuk besar
Panaskan kukusan sehingga mendidih
Masukkan bancuhan ke dalam loyang yang ada karamel tadi
Kukuskan selama 30 sehingga 40 minit
Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan besar
Susunkan buah pic. Sedia dihidangkan.
0Awesome Comments!