NASI GORENG JAWA SPECIAL
Bahan-bahan :
600 gram nasi
200 gram dada ayam goreng
3 biji telur
1/2 sudu garam
5 sudu minyak goreng
1 buah tomato, cincang
1-2 sudu kicap manis
100 gram kobis, hiris nipis
2 batang daun bawang, hiris nipis
Rempah halus:
15 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 biji kacang hazel
3 biji cili merah
2-3 sudu garam
1 sudu paper powder
bawang goreng untuk taburan
Cara Menyediakan:
1. Leraikan nasi supaya nasi tidak berketul. Leraikan
daging ayam goreng, buang tulangnya, asingkan
2. Pukul telur, letakkan garam dan pukul rata. Panaskan 1 sudu minyak masak dalam kuali, masukkan telur, goreng secara berterabur. Setelah telur masak, angkat, asingkan.
3. Panaskan minyak masak dalam kuali, tumis bahan rempah . Setelah aroma harum, masukkan tomato dan kicap, kacau hingga tomato tidak lembik.
4. Masukkan daging ayam yang telah diracik, kubis, daun bawang dan telur , goreng hingga hingga rata. Masukkan nasi, kacau hingga rata. angkat.
5. Masukkan nasi goreng ke atas piring, taburkan bawang goreng di atasnya. Hidangkan dengan pelengkap timun dan keropok
0Awesome Comments!