Aloo Chana Chaat


Aloo Chana Chaat


Aloo Chana Chaat


BAHAN-BAHAN:
3 biji kentang
1 tin kacang kuda (rebus)
1/2 sudu kecil serbuk cili kasar
1 sudu kecil jintan putih (sangai)
1 sudu kecil serbuk masala
2 tangkai cili hijau (cincang)
2 sudu besar daun ketumbar (cincang)
1 labu bawang (cincang)
1 biji tomato (cincang)
1 sudu besar jus lemon
Garam

CARA MENYEDIAKAN:
1. Kentang dibuang kulit kemudian direbus. Setelah empuk, angkat dan tuskan airnya, Kemudian dipotong dadu dan masukkan pula kacang kuda.
2. Selepas itu masukkan pula cili merah, cili hijau, jintan putih, serbuk masala, daun ketumbar, bawang dan tomato. Gaulkan kesemua bahan ini sehingga sebati. Tambahkan garam secukup rasa dan masukkan jus lemon.