Belimbing Goreng Beraiskrim
BAHAN-BAHAN:
1 biji belimbing
2 skop aiskrim
BAHAN SADURAN:
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung pulut
1 sudu kecil gula
Sedikit garam
Air secukupnya
BAHAN HIASAN:
2 helai daun pudina
CARA MENYEDIAKAN:
1. Potong buah belimbing mengikut cita rasa sendiri. Ketepikan.
2. Kemudian bancuhkan bahan saduran sehingga sebati. Panaskan minyak dan celupkan belimbing ke dalam bahan saduran tadi.
3. Goreng sehingga masak atau kekuningan. Setelah masak, angkat dan tuskan. Hidangkan dengan daun pudina dan aiskrim.
0Awesome Comments!