Pulut Kukus Cendawan Hitam


Pulut Kukus Cendawan Hitam



Pulut Kukus Cendawan Hitam


BAHAN-BAHAN:
500 gm beras pulut
10 keping cendawan hitam (mayang)
200 gm isi ayam (hiris)
3 ulas bawang putih (cincang)
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar kicap pekat
1/2 sudu besar udang kering
1 helai daun teratai
Minyak
Garam dan gula

CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan isi ayam, udang kering dan cendawan. Tumis sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan pulut dan kacau sehingga rata. Masukkan sos tiram, kicap pekat, garam dan gula. Gaulkan rata kesemuanya.
3. Selepas itu, bolehlah dikukus dengan beralaskan daun teratai sehingga masak.