Asparagus Sri Nona
Bahan-bahan:
2 sudu besar minyak
3 keping hati ayam, dipotong
3 sudu besar sos tiram nona
300gm asparagus
½ cili banggala merah – dadu
60ml air
Garam dan gula secukupnya
Bahan kisar:
5 tangkai cili kering
3 tangkai cili merah
3 ulas bwang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar tauchu
Cara membuatnya:
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau
Masukkan hati ayam dan sos tiram nona kemudian dikacau rata
Bila hati masak, masukkan asparagus, cili bengala dan air
Kacau lagi dan tambah garam serta gula
Bila asparagus masak angkat dan hidangkan.
0Awesome Comments!