Cendol Thai
Bahan-bahan:
350gm gula melaka
250gm tepung beras
100gm kacang merah
800gm air daun pandan
500ml santan
1 sudu besar air kapur
Garam secukup rasa
Cara Membuatnya:
Kacau air daun pandan, air kapur dan tepung beras dalam kuali sehingga sebati
Kemudian tuangkan ke dalam acuan cendol. Tekan campuran air pandan dan tepung beras tadi ke dalam air yang mendidih
Alihkan cendol dari air mendidih ke dalam air sejuk. Ketepikan
Sementara itu, panaskan santan dan gula melaka. Biarkan hingga sejuk
Masukkan cendol, kacang merah dan santan yang telah masak ke dalam mangkuk dan hidangkan bersama ketulan ais.
0Awesome Comments!