Tauhu Mentega Masala
Bahan-bahan:
5 keping tauhu (goreng dan dipotong kiub)
200gm bawang merah
50gm mentega
1 sudu besar halia dan bawang putih (kisar bersama)
25gm kayu manis
25gm kasturi methi/tandori masala
25gm jintan manis
4 biji buah pelaga
5 biji cengkih
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk jintan
1 sudu besar serbuk ketumbar
Cara memasaknya:
Panaskan minyak. Masukkan kayu manis, pelaga, jintan, cengkih dan tumis
Masukkan bawang merah, halia, bawang putih. Kacau dan masukkan tomato
Bila naik wangi, masukkan kesemua serbuk-serbuk (cili, jintan, ketumbar, kunyit)
Kemudian masukkan mentega. Masukkan kasturi methi. Masukkan air dan kacau sebati biar mendidih
Masukkan serbuk biji jagus. Masukkan tauhu. Garam secukup rasa. Hias dengan daun ketumbar.
0Awesome Comments!