Biskut kacang Bersalut Coklat
Bahan-bahan:
125gm mentega
85gm gula perang
160gm tepung penaik
10gm serbuk koko
½ sudu kecil soda bikarbonat
30gm tepung kastard
Badam atau kacang hazel secukupnya
Coklat masakan dicairkan
Coklat urai – sebagai hiasan
Cara membuatnya:
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan tepung, serbuk koko, soda bikarbonat dan tepung kastard. Uli hingga menjadi doh
Bentukkan doh menjadi bebola kecil dan masukkan sebiji kacang kedalamnya. Letakkan dalam kertas mini
Bakar pada suhu 180c selama 15-20 minit hingga kuning keemasan
Ketika masih panas, tuangkan coklat cair ketasnya. Taburkan juga coklat urai dan dinginkan.
0Awesome Comments!