Ayam Lemon dengan Sos tiram


Ayam Lemon dengan Sos tiram

Bahan-bahan:

500gm dada ayam – dipotong

100gm tepung ubi

Minyak untuk menggoreng

 

Bahan Perapi

2 sudu besar tepung jagung

½ butir telur

Garam, serbuk lada sulah secukup rasa

 

Bahan Sos

1 sudu besar tepung jagung

250ml air rebusan ayam

2 sudu besar sos tiram nona

1 sudu besar jus limau susu

Gula secukup rasa

 

Cara membuatnya:

Perap ayam dengan bahan perap selama 1 jam

Salut dengan tepung ubi dan goreng hingga keemasan

Agkat dan letak didalam pinggan

Panaskan 1 sudu besar minyak, masukkan bahan sos

Kacau hingga pekat kemudian tuangkan ke atas ayam goreng tadi.