Tauhu Panggang dan Sos Ketumbar


Tauhu Panggang dan Sos Ketumbar


Bahan-bahan:

1 peket tauhu jepun

100gm air

5gm bawang putih (hiris halus)

20gm cili merah (cincang halus)

20gm bawang besar (cincang halus)

20gm daun ketumbar (cincang halus)

10gm madu

10gm sos cili

10gm sos tomato

 

Sos Ketumbar:

5 gm jus limau

5gm tomato (hiris halus)

5gm timun (hiris halus)

3gm minyak jagung

3gm garam

 

Cara memasak:

Satukan cili merah, cili hijau, bawang putih, bawang besar, jus limau, madu sos, sos cili, sos tomato dan daun ketumbar

Kemudian panaskan kuali dengan sedikit air dan masak semua bahan di atas bersama sayur lain buat seketika. Ketepikan

Ambil tauhu dan panggang hingga kekuningan. Ketepikan

Ambil bahan yang telah dimasak tadi dan gaul rata dengan jus limau, garam dan sedikit minyak jagung.

Sedia untuk dinikmati bersama tauhu tadi.