Tauhu Gulung Sos Barbeku


Tauhu Gulung Sos Barbeku


Bahan-bahan:

30gm isi udang (cincang)

30gm isi ayam (cincang)

3 keping kulit tauhu

3gm serbuk Ve-Tsin

2 sudu besar sos HP

2 sudu besar sos A1

2 sudu besar sos tomato

Garam dan gula secukup rasa

Minyak masak secukupnya

 

Cara memasak:

Gaulkan isi udang, isi ayam, garam, gula dan serbuk Ve-Tsin bersama-sama. Setelah adunan mesra, ketipan untuk seketika

Potong kulit tauhu berukuran 10sm x 10sm dan isikan dengan 1 sudu besar adunan tadi. Gulung kulit tauhu ini

Panaskan minyak dan gorengkan tauhu gulung tadi sehingga masak. Angkat dan toskan minyak

Letakkan tauhu dalam satu bekas. Campurkan sis cili, sos A1, sos tomato dan sos HP kemudian tuangkan ke atas tauhu tadi

Masukkan bekas berisi tauhu tadi ke dalam pengukus dan kukus selama 3 minit

Hidangkan ketika masih panas.