Sambal Bali Ayam


Sambal Bali Ayam


Bahan-bahan:

1 ekor ayam / potong 12

300 gm cili kering / kisar

5 ulas bawang merah / kisar

6 ulas bawang putih / kisar

100gm lengkuas / titik

10 batang serai / titik

1 tangkai daun kari

6 sudu besar kicap manis

2 sudu besar gula

Sedikit asam jawa

 

Cara menyediakan:

Bersihkan ayam dan toskan

Goreng ayam tanpa garam dan kunyit, jangan sampai garing. Angkat dan toskan

Titik serai dan masukkan serai, daun kari dan goreng sehingga naik bau dan kekuningan

Masukkan cili yang telah dikisar dan tumis lagi sehingga naik minyak.

Masukkan bawang merah, bawang putih yang telah dikisar dan kacau sebati

Masukkan kicap manis, air asam jawa, lengkuas dan gula dan kacau lagi sehingga sebati

Masukkan ayam yang telah digoreng tadi, kacau sebati dengan api kecil sehingga terbit minyak dan tutup api, hidangkan.