Tauhu Ma Po Didih
Bahan-bahan:
2 keping tauhu jepun
½ keping tauhu lembut (potong kiub)
100gm daging ayam kisar
20gm cendawan
1 biji cili merah (hiris)
20gm cendawan
1 biji cili merah (hiris)
1 sudu teh sos tau pan szechuan
½ sudu teh sos tiram
150 ml stok stok ayam
1 sudu teh gula
Air tepung jagung ikut keperluan
Minyak untuk menumis
Cara memasak:
Goreng tauhu jepun dengan sedikit minyak dan toskan minyaknya
Potong tauhu jepun ini dalam bentuk kiub yang kecil dan rendam ia dalam air panas selama satu minit. Asingkan
Panaskan minyak dan tumiskan ayam kisar, cendawan dan cili merah. Kemudian masukan sos tau pan szechuan, sos tiram, stok ayam, gula dan air tepung jagung
Tuangkan kuah tersebut ke atas tauhu jepun. Akhir sekali letakkan tauhu lembut di atas tauhu Jepun tersebut.
Sedia untuk dihidang.
0Awesome Comments!