Biskut lemon Mama Carrey


Biskut lemon Mama Carrey


Bahan-bahan:

250gm mentega

100gm gula aising

350gm tepung key

20gm susu tepung

100gm tepung jagung

2 sudu teh jus lemon

 

Cara membuatnya:

Pukul mentega dengan gula aising hingga kembang. Masukkan jus lemon dan pukul lagi hingga sebati

Masukkan tepung key, susu tepung dan tepung jagung dalam adunan. Uli hingga menjadi doh

Bentukkan doh menjadi bentuk hati dan bakar pada suhu 180c selama 14 minit hingga kekuningan

Angkat dan tabur sedikit gula aising di bahagian atasnya.