Redang Daging Berlado


Redang Daging Berlado


Bahan-bahan:

300gm daging (dipotong kiub sederhana besar, direbus hingga lembut)

5 sudu besar Sos Tomato Kimball

5 sudu besar Sos Cili Kimball

1 labu bawang besar - kisar

3 ulas bawang putih - kisar

3cm halia - kisar

2 batang serai – kisar

3 sudu besar pes cili

2 helai daun kunyit – hiris halus

2 keping asam gelugor – hiris halus

3 sudu besar kerisik

Minyak masak memasak

Sedikit garam dan gula jika perlu

 

Cara membuatnya:

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi

Masukkan cili, sos, bahan hiris, kerisik dan sedikit garam. Kacau hingga garing

Masukkan daging dan kaup balikkan  dan biar hingga kering berminyak

Hidang dengaan nasi atau roti

(jika menggunkan ayam, tidak perlau direbus kerana isi ayam lebih lembut dari daging)