Biskut Jem Kelapa
Bahan-bahan:
250gm mentega
2 sudu besar minyak sapi
150gm gula halus
120gm tepung jagung
250gm tepung gandum
100gm oat / kisar
1 sudu kecil serbuk penaik
150gm serbuk badam
1 sudu kecil perisa vanila
Bahan hiasan:
Kelapa kering
Jem secukupnya
Cara menyediakan:
Minyak sapi, gula dan mentega dikacau hingga lembut
Masukkan bahan-bahan yang lain dan uli hingga lembut
Ambil sedikit adunan dan bentukkan bulat seperti guli, tekankan tengahnya dengan penyepit
Tabur kelapa kering dan letakkan jem di tengah-tengahnya. Kemudian bolehlah dibakar pada suhu 160c selama 20 minit.
0Awesome Comments!