Sup Tauhu Jepun


Sup Tauhu Jepun


Bahan-bahan:

5 keping tauhu Jepun – dipotong

3 ulas bawang putih – cincang

2 sudu makan sos tiram

Sedikit cendawan tiram – direndam

1 sudu tepung jagung

Sedikit air

Sedikit garam

Sedikit serbuk perasa

Minyak untuk menumis

 

Cara memasaknya:

Goreng tauhu yang telah dipotong sehingga kekuning-kuningan dan ketepikan

Tumis bawang putih hingga garing dan masukkan sedikit sos tiram. Kacau sebati

Kemudian masukkan cendawan tiram yang telah direndam. Masukkan air. Untuk memekatkan kuah, maukkan sedikit bancuhan tepung jagung

Curahkan kuah ke atas tauhu jepun yang telah digoreng

Sedia dihidangkan.