Biskut Kilimanjaro
Bahan-bahan:
80ml putih telur
1 sudu kecil tar tar krim
210gm gula kastor
1 sudu kecil esen vanilla
150gm cip coklat – dicairkan
Cara membuatnya:
Pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan krim tar tar dan pukul laju.
Masukkan gual perlahan-lahan dan pukul hingga gula larut
Tambah esen vanilla dan pukul hingga berkilat. Paipkan bentuk bunga bintang ke atas dulang beralaskan kertas serap minyak
Bakar dalam ketuhar bersuhu 160c selama 45 minit hingga kekuningan
Celup bahagian bawah biskut yang dibakar pada cip coklat dan biarkan pada suhu sederhana hingga hiasan coklat menjadi keras.
0Awesome Comments!