Gulai Kancah Indonesia
Bahan-bahan:
500gm ayam / potong kecil
1 biji terung panjang
1 biji mangga muda
250ml santan
2 biji buah tomato
Minyak masak
Bahan kisar
9 biji cili merah
9 biji cili api
9 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm kunyit
1 tangkai daun kemangi
Sedikit belacan
Sedikit garam
Cara menyediakan:
Terung, mangga dan tomato dipotong sederhana besar mengikut kretiviti anda. Ketepikan
Tumiskan bahan giling hingga naik bau. Masukkan ayam dan santan. Kacau rata
Akhir sekali, masukkan terung, mangga dan tomato. Kacau rata dan gaul sebati.
0Awesome Comments!