Kek Cawan Kelapa Pandan
Bahan-bahan:
375gm mentega
350gm tepung naik sendiri
340gm gula kastor
50gm kelapa kering
60ml susu segar UHT (disejukkan)
7 butir telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh esen pandan
Cara membuatnya:
Pukul mentega dan gula hingga kembang dan halus
Masukkan telur satu persatu hingga kembang dan gebu
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis
Setelah sebati masukkan kelapa kering dan juga susu sejat
Masukkan esen vanilla dan esen pandan pukul hingga sebati
Tuangkan adunan ke dalam bekas cawan yang telah disediakan dan sedia untuk dibakar di dalam ketuhar dengan suhu 160c selama 15-20 minit.
Biarkan sehingga sejuk dan sedia dihias.
0Awesome Comments!