Kek Cawan Mocha Cappuccino
Bahan-bahan:
250gm mentega
250gm tepung naik sendiri
250gm gula kastor
6 butir telur
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh mocha emulco
Sedikit pewarna coklat
Cara membuatnya:
Pukul mentega dan gula hingga kembang dan halus
Masukkan telur satu persatu hingga kembang dan gebu
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis
Masukkan mocha emulco dan cappuccino emulco pukul hingga sebati
Tuangkan adunan ke dalam bekas cawan yang telah disediakan dan sedia untuk dibakar di dalam ketuhar dengan suhu 160c selama 15-20 minit
Biarkan hingga sejuk
0Awesome Comments!