Biskut daripada Roti


Biskut daripada Roti


Bahan A:

225 tepung

80gm tepung beras

1 sudu kecil serbuk penaik

 

Bahan B:

50gm serbuk roti High 5

100gm gula halus

250gm mentega

 

Bahan hiasan

Hirisan ceri merah

Gula aising

 

Cara menyediakan:

Ayak bersama bahan A. kemudian gaul sebati bahan A dengan serbuk roti

Campurkan mentega dan gula sehingga sebati. Kemudian masukkan pulan bahan A dan ramas dan gaul hingga menjadi doh lembut

Canai doh hingga 3mm tebal. (guna kepingan plastik dan canai)

Terap dengan acuan. Letakkan doh diatas tin pembakar yang telah digris.

Hiaskan dengan ceri. Bakar pada suhu 180c selama 15 minit hingga 20 minit.

Apabila biskut sudah sejuk, ayakkan sedikit gula aising di atasnya.