Kambing Bamia
Bahan-bahan:
1.5kg daging kambing
1 tin susu cair
150gm jintan manis
120gm jintan putih
150gm bawang merah
100gm halia
50gm serbuk lada putih
400gm kacang benci
200gm bawang merah – dipotong empat
4 sudu besar sos tomato
Sedikit daun ketumbar
Sedikit garam
Cara menyediakan:
Daging kambing dibersihkan dan dipotong nipis
Kisar jintan manis, jintan putih, bawang merah, bawang putih dan halia
Kemudian gaulkan bahan kisar bersama kambing
Masukkan ke dalam periuk dan bubuh segelas air. Masak daging kambing sehingga empuk
Kemudian masukkan serbuk lada putih, susu cair, kacang bendi, bawang besar, sos tomato, daun ketumbar, garam dan serbuk perasa. Kacau hingga masak.
2Awesome Comments!
kacang benci tu kacang bendi ke ladyfinger ke
ops sorry, kacang bendi..... hehehhe, typing error. thanks.