Ayam Santan Daun Jeruk
Bahan-bahan:
1 ekor ayam / potong 8
5 helai daun limau purut / carik-carikkan
3cm lengkuas/ ketuk
80ml air asam jawa
750ml santan
Garam
Minyak menumis
Bahan kisar:
15 tangkai cili merah
3cm kunyit
10 tangkai cili padi
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
Sedikit gula merah
Sedikit belacan
Cara menyediakan:
Tumis bahan kisar, masukkan lengkuas dan daun limau purut. Tumis sehingga wangi
Kemudian masukkan ayam, santan dan air asam jawa. Tambahkan garam secukup rasa. Masak sehingga kuah pekat.
0Awesome Comments!