Kek Cawan Keladi
Bahan-bahan
175gm mentega
175gm tepung naik sendiri
175gm bula castor
3 butir telur
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu teh keladi/ yam emulco
Cara membuatnya:
Pukul mentega dan gula hingga kembang dan halus
Masukkan telur satu persatu hingga kembang dan gebu
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis
Masukkan esen vanilla dan keladi, pukul hingga sebati
Tuangkan adunan dalam bekas cawan yang telah disediakan dan sedia untuk dibakar di dalam ketuhar dengan suhu 160c selama 15-20 minit.
0Awesome Comments!