Biskut jejari
Bahan-bahan:
300gm mentega tanpa garam
150gm gula aising
5 butir telur
400gm tepung ros
7gm serbuk penaik
7gm baking soda
6gm garam
5gm biji kopi
Sedikit coklat gelap dan coklat putih-untuk hiasan
Cara membuatnya:
Pukul mentega dan gula aising hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang
Masukkan tepung ros, serbuk penaik, baking soda dan garam. Kemudian masukkan pula biji popi dan gaul sebati hingga menjadi doh. Letakkan doh dalam peti sejuk selama lima minit
Bentukkan doh menjadi bentuk mini jejari. Bakar pada suhu 180c selama 15 minit hingga bertukar kekuningan
Celup biskut dengan separuh coklat putih dan separuh coklat gelap apabila sejuk.
0Awesome Comments!