Pulut Kuning Lapis
Bahan-bahan:
1 kg beras pulut
2 cawan santan (1 biji kelapa)
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
500gm serunding daging atau ayam (hiasan)
2 helai daun pandan
Cara membuatnya:
Basuh beras pulut dan rendamkan dengan serbuk kunyit yang telah dibancuh dan ditapis selama 4 atau 5 jam
Toskan dan masukkan ke dalam kukusan yang berlubang
Kukus sehingga naik wap
Campurkan santan dengan gula dan garam, kacau sebati
Keluarkan pulut dan masukkan ke dalam mangkuk besar
Tuangkan santan dan kacau rata
Masukkan semula pulit dalam kukusan bersama daun pandan dan kukus lagi sehingga naik wap
Keluarkan separuh pulut yang telah masak dan tekan dalam acuan atau loyang
Lapiskan dengan serunding daging
Masukkan lagi sebahagian pulut dan tekan kemas
Terbalikkan dalam pinggan dan hidangkan.
0Awesome Comments!