Kailan Tauhu Masin


Kailan Tauhu Masin


Bahan-bahan:

500gm kailan

150 ml air stok ayam

150ml tauhu jepun

1 sudu makan sos tiram

1 labu bawang besar (hiris nipis)

1 ulas bawang putih (hiris nipis)

1 biji cili merah

Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Minyak untuk menumis

 

Cara memasaknya:

Tumiskan bawang putih sehingga berbau harum

Kemudian masukkan sos tiram, bawang besar dan cili merah

Kemudian masukkan air stok ayam bersama garam, gula dan serbuk perasa

Biarkan mendidih dan barulah dimasukkan kailan. Masak sehingga sayur layu.

Apabila telah masak curahkan di atas tauhu yang telah digoreng tadi.

Sedia untuk dinikmati.