Kek Cawan Coklat


Kek Cawan Coklat


Bahan-bahan:

260gm mentega

250gm tepung naik sendiri

100gm gula kastor

100gm gula perang

5 butir telur

2 sudu besar coklat Emulco

1 sudu teh esen vanilla

 

Cara membuatnya:

Pukul mentega dan gula hingga kembang dan halus

Masukkan telur satu persatu hingga kembang dan gebu

Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis

Masukkan coklat Emulco dan  pukul hingga sebati

Tuangkan adunan dalam bekas cawan yang disediakan

Bakar dengan sugu 160c selama 15-20 minit

Biarkan sejuk dan hidang.